13 Jun 2014 - 05:35
Kezuhuran Imam Zaman merupakan janji Allah

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran menegaskan, "Isu Mahdawiyyat dan kezuhuran Imam Zaman merupakan janji Allah yang pasti. Realisasi janji-janji yang telah diberikan kepada manusia sebenarnya merupakan anugerah ketenangan kepada insan. Janji besar tersebut juga pasti akan menjadi realiti".

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sempena ulangtahun kelahiran Imam Mahdi (a.s) hari ini, Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran mengambil kesempatan melawat pameran Koleksi Karya Ilmiah dan Penyelidikan Yaysan Darul Hadis semalam.

Ayatulllah Sayid Ali Khamenei turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak yayasan tersebut kerana berjaya menghasilkan sebuah karya Ensiklopedia Imam Mahdi (as.) yang dianggap beliau sebagai hadiah berharga kepada masyarakat Islam dan ahli ilmu.

Berkenaan dengan sambutan 15 Syaban beliau berkata, "Isu Mahdawiyyat dan kezuhuran Imam Zaman merupakan janji Allah yang pasti. Realisasi janji-janji yang telah diberikan kepada manusia sebenarnya merupakan anugerah ketenangan kepada insan. Janji besar tersebut juga pasti akan menjadi realiti".

Sambil menganggap kemenangan Revolusi Islam Iran sebagai salah satu janji yang mengurniakan ketenangan untuk manusia, beliau berkata, "Siapa yang dapat menduga bahawa revolusi berasaskan agama, fikah dan syariat boleh mencapai kemenangan di kawasan yang amat sensitif, negara yang amat penting, di mana sebuah tempat mempunyai rejim yang benar-benar mendapat dukungan kuasa-kuasa global antarabangsa".

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran ini menyentuh tentang salah satu contoh al-Qur'an dan berkata, "Di dalam al-Qur'an, tatkala kisah mengenai Nabi Musa (a.s) dinukilkan, Allah (s.w.t) memberikan dua janji kepada ibu Nabi Musa (a.s). Pertama ialah mengembalikan bayi yang telah dibuang ke laut dan kedua menaikkan kedudukan Nabi Musa (a.s) ke martabat seorang nabi".

Mengenai akidah bahawa Imam Zaman (a.j.f) dan berakhirnya gerakan kemanusiaan di dalam dunia ini yang menjadi salah satu bahagian penting world view agama-agama Ilahi, beliau berkata, "Semua agama-agama Ilahi percaya bahawa karavan kemanusiaan sedang berada di akhir jalan, ia akan sampai ke suatu tempat yang mana ciri-ciri paling pentingnya ialah keadilan".

Menurut beliau lagi, "Karavan kemanusiaan sejak dari permulaan penciptaan telah menyusuri kesusahan sehingga sebuah jalan terbuka, di mana jalan ini ialah zaman kezuhuran IMam Mahdi (a.j.f)".

Ayatullah Sayid Ali Khamenei menegaskan, pengrealisasian syarat-syarat kezuhuran tidak akan terjadi secara serentak. Tambah beliau lagi, "Dalam zaman tersebut, pertikaian antara kebaikan dan kejahatan dalam alam semulajadi manusia akan berterusan. Di samping individu yang baik akan ada individu yang jahat. Namun syarat-syarat zaman tersebut ialah tersedianya latar yang baik untuk manusia serta keadilan.

Di akhir ucapan, beliau mengucapkan terima kasih atas usaha Hujjatul Islam Rei Syahri dan para penyelidik Yayasan Darul Hadis dalam menyediakan Ensiklopedia Imam Mahdi (a.j.s).